Aduhai Bidadari… 


Assalamua’laikum wrt.wbh.



Salam penuh keikhlasan diiringi doa semoga keberkatan dan keredhaan Ilahi senantiasa memayungi kita sebagai hamba-Nya yang solehah.InsyaAllah.



BIDADARI… Secebis kisah tentang sabda yang pernah diriwayatkan. Allah s.w.t telah menjadikan wajah
bidadari syurga dari empat warna, iaitu, putih, kuning, hijau dan merah. Tubuh mereka dijadikan dari empat bauan
yang tiada tolok bandingnya, iaitu, zafran, misik, kafur dan anbar. (nama-nama bauan syurga yang tak dapat
digambarkan). Andainya seorang daripada mereka meludah dengan satu ludahan ke bumi, nescaya harumlah
dunia ini dengan bauan misiknya. Pada sebelah tangan mereka terdapat 10 gelang emas dan pada setiap jari-jari
mereka terdapat 10 bentuk cincin yang dipakaikan oleh Allah untuk mereka. Demikianlah juga pada kedua belah
kaki mereka terdiri dari 10 perhiasan mutiara dan permata yang bergemerlapan.

Aduhai Bidadari…

Jika diteliti setiap ciptaan Ilahi yang Maha sempurna dan tiada tandingannya… mampukah kita untuk ‘merebut’
takhta bidadari syurga??? Sedarilah bahawa, wanita adalah ciptaan Ilahi yang paling unik dan istimewa.
Alhamdulillah… Wanita ibarat bintang dan ‘misbah’ bagi seorang makhluk bergelar lelaki. Tanpa kita maka,
mereka akan berada dalam kegelapan. Namun, kegemilangan dan kegemerlapan seorang wanita terletak pada
kebijaksanaan, dan kebijaksanaan bertakhta dihati-hati yang mulia perilaku dan akhlaknya. Sesungguhnya,
secebis kebaikan pada hati yang mulia akan membawa pahala.

Wallahua'lam...