Make your own free website on Tripod.com

Andainya perempuan tahu.........


Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat
(prihatin) Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak
semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah
lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya
samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan
atau dikongsi bersama.


Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg
dirasakan oleh seorang wanita. Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.
Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...


Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu
mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau
mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.


Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita
keluar kali pertama! Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho
hanya kerana ingin memikat hati wanita.


Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia
berkata tidak atau kurang setuju. Bila lelaki cakap direct to the point
dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang
dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.


Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!


Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut
nama lelaki lain.


Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku
semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak
faham kenapa perempuan bersikap begitu begini...


Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana
berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.


Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai
wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain
hanya kawan..:)


Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja.
Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu
begitu indah!


Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa
bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.


Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi
hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...


Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan
lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya
air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air
mata senjata perempuan.


Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan
luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari
lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!