Make your own free website on Tripod.com
BALASAN MENINGGALKAN SOLAT


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah
S.A.W sedang duduk bersama para sahabat,
kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam
masjid dengan menangis. 

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu
menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang
muda kenapa kamu menangis?" 

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W,
ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain
kafan dan tidak ada orang yang hendak
memandikannya." 

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar
r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat
masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu
Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang
mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam,
maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada
Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan
yang hitam." 

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun
pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa
kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun
bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu
Rasulullah S.A.W dan para sahabat
menyembahyangkan mayat tersebut. 

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali
lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang
hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada
pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah
dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" 

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak
mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah
S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah
keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di
hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T
seperti babi hutan yang hitam." 

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang
meninggal dunia dan sewaktu mereka
menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka
melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat
tersebut serta memakan daging dan menghisap darah
mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. 

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka
berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu
Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua
hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku
tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan
kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari
kiamat." 

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang
telah dilakukan oleh mayat ini?" 

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
antaranya :" 

1.Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang
untuk sembahyang berjamaah. 2.Dia tidak mahu
keluarkan zakat hartanya. 3.Dia tidak mahu
mendengar nasihat para ulama. Maka inilah
balasannya.