Make your own free website on Tripod.com


Golongan Anti Hadis


Maksud hadis Rasullulah s.a.w. : "Daripada Miqdam bin
Ma'dikariba r.a. berkata : Bahawasanya Rasullulah s.a.w telah
bersabda : Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang
sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang
kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata :
Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (Al-Quran) sahaja.
Apa yang di halalkan oleh Al-Quran kami halalkan. Dan apa yang
ia haramkan kami haramkan. (Kemudian Nabi s.a.w. melanjutkan
sabdanya) : Padahal apa yang diharamkan oleh Rasullulah s.a.w.,
samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t"

H.R. Abu Daud dan Ibnu Majah

Keterangan

Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah seorang yang mengingkari
kedudukan Hadis sebagai sumber hukum kedua selepas Al-Quran. Ia hanya
percaya kepada Al-Quran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan
sumber hukum dan tempat rujukan. Gologan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari
ikatan Agama Islam. Dan pada realitinya seseorang tidak akan dapat memahami
Al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi s.a.w. Al-Quran banyak
menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka hadislah yang
berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya
serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. Oleh kerana itu, syariat
tidak akan sempurna kalau hanya dengan Al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai
dengan hadis Nabi s.a.w.