HADIS KELEBIHAN AL- QURAN: 


1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W.
bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di
hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya.
( Riwayat Muslim ) 

2. Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata : Aku mendengar
Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan
didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan
isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan
Surah A-li 'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah
( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya.
( Riwayat Muslim ) 

3. Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W.
bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari
Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain.
( Riwayat Bukhari ) 

4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. :
Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya
ia mendapat dua pahala.
( Riwayat Bukhari & Muslim ) 

5. Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata :
Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin
yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah
( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap.
Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti
buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama
orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah
(sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama
orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu
yang tiada bau dan rasanya pahit.
( Riwayat Bukhari & Muslim ) 

6. Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi
Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat
martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain
dengan sebab Al Quran.
( Riwayat Muslim ) 

7. Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W.
telah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam
dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih
tentang Al Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam ,
lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya
siang dan malam.
( Riwayat Bukhari & Muslim ) 

8. Daripada Barra' dan daripada 'Azib r.a. telah berkata :
Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor
kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula
melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya.
Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W.
dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda :
Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran.
( Riwayat Bukhari & Muslim ) 

9. Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W.
bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam
ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah
yang roboh.
( Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih ) 

10. Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi Muhammad S.A.W.
bersabda : Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang
membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan
Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia,
sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang
engkau bacakan.
( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata :
Hadis ini hasan sahih ) 

11. Daripada 'Uqbah Bin 'Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W
keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap.
Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar
di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau 'Atiq, dan
dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia
tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim.
Kami menjawab : Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W
kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua
ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih
baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta
demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya.
( Riwayat Muslim ) 

12. Daripada Ibnu Mas'ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang
ialah mereka yang terfasih membaca Al Quran.
( Riwayat Muslim ) 

13. Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W.
menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud
kemudian beliau bersabda : Yang mana satukah antara keduanya
yang paling kuat berpegang teguh dengan Al Quran maka apabila
aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah
orang yang pertama masuk ke liang lahad.
( Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa'ie & Ibnu Majah ) 

14. Daripada 'Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari
yang sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa kepada Allah
kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar
Rasulullah S.A.W. bersabda : Barangsiapa yang membaca Al Quran
maka berdoalah kepada Allah dengan Al Quran maka sesungguhnya
akan datang beberapa kaum yang membaca Al Quran dan mereka
berdoa dengannya.
( Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan ) 

15. Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca
satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan,
satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud :
Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf,
Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih ) 

-Holly Quran cd- 
Wallahua'lam...