Make your own free website on Tripod.com
>> >>Tajuk : JODOH YANG SEKUFU
> >> >>Nukilan : rabiah_adawi
> >> >>
> >> >>Alia terus sahaja berborak didalam komputer. Kadang-kadang dengan budak
> >> >>Mesir, Cairo, Pakistan, Kaherah, Budak tahfiz dan juga kolej Islam
> >> >>tempatan. Sememangnya chatting adalah salah satu yang sangat popular
>dalam
> >> >>internet. Sebab itu Alia tidak melepaskan peluang untuk menggunakan
> >> >>sepenuhnya CC yang berdekatan dengan tempatnya belajar, Biasanya channel
> >> >>surau menjadi pilihannya. Alia adalah seorang pelajar tahun 4 di Upm,
> >> >>berumur 21 dan mengambil jurusan network
> >> >>engineering. Dia juga seorang pelajar yang mempunyai kefahaman Islam yang
> >> >>mendalam dan cemerlang dalam pelajarannya..
> >> >>
> >> >>Dapat aja budak dari Timur Tengah atau popular dengan nama ardhu
>khinanah,
> >> >>maka mulalah Alia mengeluarkan butir-butir kata yang selalu didengar atau
> >> >>didapatinya dari usrah, ceramah ataupun tazkirah disurau di
>universitinya.
> >> >>Persis seorang ustazah. Selalunya Alia akan menggunakan nick Raudahtul
> >> >>Jannah kerana Alia mengharapkan chatting itu akan dapat dimanfaatkan
>untuk
> >> >>menjadi tempat mencari ilmu yakni majlis ilmu. Bukankah ada sabda hadrat
> >> >>Rasulullah saw kepada para sahabat r. a bahawa majlis ilmu itu adalah
> >> >>salah satu taman disyurga. Jadi sebab itulah Alia menggunakan nick
> >> >>Raudahtul Jannah yang bermaksud taman di syurga. ramai juga yang mendapat
> >> >>alamat email Alia. Ada yang memang minta dan ada juga yang sengaja diberi
> >> >>oleh Alia. Mudah-mudahan mereka boleh memberi nasihat atau tazkirah
> >> >>kepadanya melalui email. Dan kemudian bolehlah Alia menyampaikan apa yang
> >> >>diperolehinya melalui emailnya kepada anak2 usrahnya sesuai dgn hadis
> >> >>hadrat Nabi saw mafhumnya; Sampaikan dariku walau sepotong ayat...
> >> >>Penuhlah ruang emailnya dengan email dari pelajar2 dari Al-Azhar, Yaman,
> >> >>Pakistan, Sudan, dan dari Malaysia sendiri. Semuanya pelajar bidang agama
> >> >>dan beberapanya adalah dari sekolah tahfiz dan seorang pelajar Shoubra di
> >> >>Mesir yang mana disitu adalah tempat pelajar yang menghafal Quran.
> >> >>
> >> >>Arif Alimun yang berasal dari Selangor adalah satu-satunya pelajar
>Shoubra
> >> >>yang turut memberi respon kepada email Alia. Berumur 25 tahun dan
> >> >>alhamdulillah telah menghafal 30 juzuk dari Al-Quran. Kesopanan bahasa
> >> >>Alia yang berbentuk nasihat dalam emailnya telah mendorong Arif Alimun
> >> >>untuk meluahkan rasa hatinya terhadap Alia. Sebenarnya sudah menjadi
> >> >>kebiasaan bagi Alia untuk menulis dalam bentuk motivasi dan nasihat
>kerana
> >> >>dia adalah salah seorang naqibah di Universitinya.
> >> >>
> >> >>Alia amat bersyukur kerana ditemukan dengan lelaki seperti yang selalu
> >> >>didoakannya selama ini setiap kali selepas solat. Lelaki yang berilmu ,
> >> >>beriman, beramal dan melibatkan diri dalam gerakan jemaah Islam agar
>dapat
> >> >>membimbing dirinya agar menjadi wanita solehah dan istiqamah sebagai
>sayap
> >> >>kiri perjuangan. Mudah-mudahan dia memperolehi kejayaan dan kebahagiaan
> >> >>didunia dan diakhirat. Lebih menggembirakan Arif Alimun adalah seorang
> >> >>Al-Hafiz Quran. Tidak sudah-sudah Alia membuat sujud syukur.
> >> >>
> >> >>Proses demi proses telah pun berlalu. Mula-mula bertaaruf dengan lebih
> >> >>lanjut, menghantar gambar dan kemudian proses akhir istikharah untuk
> >> >>menentukan samada bolehkah perhubungan ini diteruskan.
> >> >>
> >> >>Keesokkan harinya dengan penuh rasa tidak sabar bercampur gembira Alia
> >> >>membuka emailnya. Hari ini Arif Alimun hendak memberitahu keputusan
> >> >>istikharahnya. Keputusan Alia sudah positif. Tetapi keputusan istikharah
> >> >>Alia bukanlah diperolehi melalui mimpi tetapi melalui gerak hatinya yang
> >> >>mempunyai keyakinan kuat bahawa jodohnya adalah dengan Arif Alimun.
> >> >>Lagipun kalau ikut Islam jika hanya ada seorang sahaja lelaki yang
> >> >>approach kita dan lelaki itu adalah lelaki mukmin maka haruslah diterima,
> >> >>tidak perlu istikharah pun tak mengapa. Kerana istikharah itu sebenarnya
> >> >>untuk mereka yang
> >> >>didalam dilemma. Mempunyai dua pilihan yang kedua-duanya mukmin dan tidak
> >> >>tahu hendak memilih antara keduanya; (Maka tatkala itulah memerlukan
> >> >>pertolongan petunjuk dari Allah yang mana satu membawa akibat baik bagi
> >> >>diri, agama dan kehidupan pada masa sekarang dan masa akan datang..)bisik
> >> >>Alia kepada hatinya. Namun email hari itu sedikit menghampakan Alia
>kerana
> >> >>Arif Alimun tidak memberikan jawapan istikharahnya. Tulisnya dalam email
> >> >>itu ;Belum dapat apa-apa petanda.
> >> >>
> >> >>Setiap kali membalas email Arif Alimun, Alia akan bertanya keputusan
> >> >>istikharah Arif Alimun namun setiap kali itu jugalah dia akan menerima
> >> >>ayat Quran atau hadis hadrat Nabi saw yang menyatakan tentang kelebihan
> >> >>bersabar..
> >> >>
> >> >>
> >> >>Masuk bulan ini sudah hampir 9 bulan Alia meneruskan hubungannya dengan
> >> >>Arif Alimun. Dan dalam tempoh itu mereka sering berbalas email dan Arif
> >> >>Alimun pernah menelefonnya dari Mesir. Bunga-bunga kecintaan mereka
> >> >>semakin mekar danberkembang. Tidak sabar Alia hendak menunggu kepulangan
> >> >>Arif Alimun dari Mesir . Dan bulan depan Arif Alimun akan pulang ke
> >> >>Malaysia. Keputusan jayyid yang diterimanya telah melayakkan dia untuk
> >> >>pulang ke tanah air. Hari ini Arif Alimun yang berada dirumahnya di
> >> >>Banting menelefon Alia yang pada masa itu berada dirumahnya di bangi.
> >> >>Kebetulan UPM pada masa itu cuti. Belum pun sempat Alia menanyakan
> >> >>apa-apa, Arif Alimun telah memotong percakapannya. Dengan penuh tenang
>Arif
> >> >>Alimun telah menyatakan sesuatu yang Alia tunggu selama ini, namun isi
> >> >>kandungannya tidaklah seperti yang diharapkan oleh Alia selama ini.
> >> >>
> >> >>
> >> >>Alia... Arif Alimun menarik nafas panjang... maafkan abang.. jawapannya
> >> >>nagatif Alia. Sebenarnya semasa abang di Shoubra dulu abang telah
> >> >>memperolehi jawapan negatif tetapi abang masih lagi berdoa agar jodoh
>kita
> >> >>sampai. Namun petunjuk yang diperolehi bertambah keruh.. Alia.. tidak ada
> >> >>siapa yang dapat mengubah takdir Allah.. InsyaAllah nanti mungkin akan
>ada
> >> >>seorang lelaki yang lebih baik dari abang yang akan memenuhi ruang hati
> >> >>Alia. Itulah doa abang utk Alia.. Sampaikan
> >> >>salam abang kepada emak dan ayah Alia dgn lafaz Assalammualaikum.. dan
> >> >>sampaikan juga minta maaf dari abang buat mereka.. Alia .. kita hanya
> >> >>merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang.
> >> >>
> >> >>
> >> >>Hancurlah hati seorang yang bernama wanita yang mana sememangnya sifat
> >> >>hati kaum Hawa ini sensitif.. Tewaslah matanya dari menahan air matanya
> >> >>untuk tidak tumpah membasahi pipinya yang licin dan putih melepak itu..
> >> >>akhirnya Alia pasrah dan redha dengan ketentuan Allah buatnya..
> >> >>
> >> >>
> >> >>Hari ini rumah kedua orang tua Alia mengadakan walimahtul urus.. Alia
>akan
> >> >>diijabkabulkan pada pukul 2.00 petang ini dimasjid jamek ditaman rumahnya
> >> >>bersama seorang pemuda yang baru pulang dari United Kingdom. Muhammad
>Haza
> >> >>Azmi bin Abdullah adalah seorang pelajar jurusan Computer Engineering
>yang
> >> >>melanjutkan pelajarannya di Oversea. Dahulunya bekas pelajar Univesiti
> >> >>Malaya yang aktif dalam gerakan persatuan jemaah Islam di
>universitinya...
> >> >>Alhamdulillah Haza juga istiqamah dan aktif dalam jemaah semasa di United
> >> >>Kingdom. Sekurang-kurangnya Alia masih lagi boleh istiqamah sebagai sayap
> >> >>kiri perjuangan Islam setelah berkahwin dengannya... Lamunan Alia lenyap
> >> >>sejurus sahaja kompang dipalu..
> >> >>Rombongan pengantin lelaki sudahpun sampai dan sekejap lagi Alia akan ke
> >> >>masjid untuk upacara ijab kabul. Dan dikala itu Alia mengesat air matanya
> >> >>sambil meletak kembali kad jemputan perkahwinan Arif Alimun yang telah
> >> >>berusia setahun lebih itu. Usia kad itu telah mengingatkan Alia akan
> >> >>perkahwinan Arif Alimun dengan seorang muslimat yang baru balik dari
> >> >>Kaherah yang juga seorang Hafizah Al-Quran.. Dan perkahwinan mereka sudah
> >> >>berusia sama dengan kad berwarna merah jambu lembut itu.. Alia mengesat
> >> >>air matanya yang sudah banyak tumpah membasahi pipinya dan telah
> >> >>menghilangkan bedak
> >> >>dipipinya.. Kemudian Alia menyapukan kembali bedak dipipinya. Itu sahaja
> >> >>yang dipakainya kerana Alia tahu akan haramnya tabarruj. Sewaktu Alia
> >> >>diiringi keluar, dia sudah nampak rombongan yang datang dari jauh..
> >> >>Kemudian dia mencari-cari wajah bakal suaminya. Tatkala terlihat saja
> >> >>wajah Haza, pada masa itulah Alia sudah membuang jauh semua kenangannya
> >> >>bersama Arif Alimun.... Semuanya... kerana pada saat dan detik itu
>Hazalah
> >> >>yang memenuhi segenap ruang isi hatinya nalurinya. Dia hendak menjadi
> >> >>isteri yang solehah kepada Haza.. Dia mahu menyintai Haza sepenuhnya
> >> >>sebagai kekasihnya didunia dan diharapkan dapat menjadi perantaraan buat
> >> >>kekasihnya yang kekal abadi yakni Allah Taala..
> >> >>
> >> >>
> >> >>Tapi Tuhan saja yang tahu sejauh mana kekuatan Alia untuk menolak semua
> >> >>kenangannya sewaktu bersama Arif Alimun.. cinta pertamanya yang mana
>suatu
> >> >>ketika dahulu dia pernah berharap menjadi pelamin hidupnya.. Semua itu
> >> >>hancur sekelip mata bilamana itulah kehendak Allah terhadap makhluknya...
> >> >>namun Alia pasrah dan redha dengan keputusan Allah buatnya.. Dia yakin
>ada
> >> >>hikmah disebaliknya... dan dia juga yakin Hazalah yang akan memabwa
>akibat
> >> >>baik bagi dirinya, agamanya dan kehidupannya pada masa sekarang dan pada
> >> >>masa akan datang.. Alia cuba mengukir sekuntum senyuman pengantin buat
> >> >>Haza.. dia tahu Haza sedang memerhati kearahnya.. Dia mahu memaparkan
> >> >>wajah yang gembira menyambut kehadiran Haza didalam hatinya dgn penuh
> >> >>keikhlasan.. pada masa itu dgn rahmat Allah turun rasa mahabbah yang
> >> >>mendalam dalam dirinya terhadap Haza... Arif Alimun sudah dilupakan
> >> >>tatkala itu dan mungkin untuk selama-lamanya... sebagai isteri solehah,
> >> >>Alia sudah
> >> >>tidak boleh mengingati lelaki lain... Upacara ijab kabul telah berjalan
> >> >>lancar dan kini Alia dan Haza sudah sah sebagai suami isteri.. Tatkala
> >> >>kedua pengantin itu berjalan berpimpinan tangan menuju ke rumah ,
> >> >>terdetiklah dihati Alia…memang
> >> >>benarlah kita ini perlu mencari jodoh yang sekufu.....
> >> >>
> >> >>
> >> >>Penulis : Adakala keadaan seseorang itu dapat dikenal melalui kalamnya
>dan
> >> >>seringkali manusia tidak sedar yang dia sedang bercerita mengenai keadaan
> >> >>dirinya melalui percakapan, perbuatan mahupun tulisannya... Kisah diatas
> >> >>tidak ada kena dgn yang hidup atau yang telah mati.. sekiranya ada itu
> >> >>hanyalah ketentuan Allah..
> >> >>
> >> >>Wallahuaalam..
> >> >>
> >> >>
> >> >>Nailah Al - Farafisyah