KABUT KASIH

 

Pagi minggu pada musim panas... Tenang... Setenang permukaan tasik yang mengepung Kolej Goodricke. Barisan pohon cemara memagari tepian tasik. Pelbagai jenis pokok bunga mengeluarkan kembangan beraneka warna menghiasi taman kolej, mengharmonikan pandangan. Hawa pun nyaman…

Diam tak diam sudah lima tahun dia berada di Kolej Goodricke. Dia rasa seperti mimpi yang akan datang semula ke kota yang telah banyak melakarkan peristiwa hitam dalam hidupnya dan sekarang dia berada di asrama kolej tiga tingkat yang di penuhi dengan bilik-bilik. Tiap-tiap bilik disediakan katil bujang beserta tilam empuk dan bantal. Ada singki dan cermin untuk berhias. Ada meja tulis dan kerusinya sekali. Ia seakan-akan menjadi simbol negara maju. Di bilik 12 inilah dia banyak menghabiskan masa lapangnya untuk menelaah pelajaran.

Entah kenapa tiba-tiba dia terbayang wajah ibu, kak Long, kak Chik, abang Ngah kakChu dan anak-anak saudara yang baru saja dia kenal enam tahun yang lepas. Belum sempat dia merasai kasih sayang mereka, dia telah menerima sepucuk surat dari Kolej Goodricke, memintanya supaya melaporkan diri untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu…..

“Ibu, kenapa papa berkemas? Papa nak pindah ke ibu?” Tanya anak kecil yang berusia empat tahun yang tidak mengerti apa sebenarnya yang berlaku diantara ibu dan papanya. Ibu hanya tunduk membisu, tidak tahu bagaimana harus dia menerangkan perkara sebenarnya kepada anak kecil yang masih mentah itu. “ Yazmin! Cepat masuk dalam kereta!!!”Hazila Yazmin terkejut mendengar jerkahan yang selama ini tidak pernah didengarinya. Sepantas kilat ibu menyambar dan memeluknya erat. “Yazmin hak aku! Kau tidak berhak keatasnya!!” Marah Dato’ Yusoff. “ Dia juga anak aku, aku yang melahirkannya!!.” Datin Eshah tetap memeluk Yazmin, anak tunggal kesayangannya. “Aku telah mendapat hak penjagaan Yazmin dari pihak mahkamah, mulai sekarang kau tidak berhak lagi keatasnya!!!”. Mendengar penerangan itu baru Datin Eshah teringat, Yazmin sekarang bukan lagi menjadi miliknya. Dengan hati yang berat dia terpaksa melepaskan Yazmin dengan linangan air mata dan dia bercita-cita satu hari nanti dia tetap akan berusaha untuk mendapatkan kembali yazmin daripada tangan suaminya. Dengan penuh kebingungan, Yazmin sempat bertanya, “Min nak kemana ni ibu? Ibu tak ikut? Min tak nak pergi tanpa ibu!!!”. Dato’ Yusoff terus menarik tangan Yazmin menuju ke kereta. “Ibu!! Ibu!! Min tak nak pergi!!! Min nak tinggal dengan ibu. Ibu! Ibu! Ibu!!”. Jeritan itu mengakhiri pertemuan dan perhubungan Yazmin dengan ibunya. Semenjak hari itu dia tidak lagi berpeluang untuk menemui dan menghubungi ibunya.

Dia dibesarkan di kota kosmopolitan nun jauh dari ibunya, dengan penuh kemewahan. Tetapi semua itu tidak bererti baginya kerana dia tidak pernah mendapat kasih sayang yang sebenarnya dari seorang ibu. “Yazmin! What are you doing ha!!.?  Jerkah Sofea, ibu tirinya yang cukup bengis. “Nothing..” jawab Yazmin ketakutan. Selama ini Yazmin hidup dalam keadaan yang terseksa. Setiap gerak gerinya dikongkong dan dikawal kerana di kota London dia hidup sebagai anak kepada seorang kenamaan. “Yazmin… cepat la… sudah lambat nih…” panggil Pak Hamid, pemandunya untuk ke sekolah dan Pak Hamid lah merupakan tempat dia bermanja. “I’m coming, Pak Mid…” jawab Yazmin dengan manja sambil berlari-lari anak kearah kereta untuk ke sekolah. Pagi itu, tanpa pengetahuan Pak Hamid, dia pergi ke sekolah dengan kelaparan kerana semalaman dia tidak di beri makan oleh ibu tirinya. Ibu tirinya sentiasa mengambil kesempatan untuk menderanya ketika papanya tiada di rumah.

Suatu hari dalam musim bunga, tepat jam 9.30 malam… “Pak Mid, kenapa dengan papa?” Tanya Yazmin, dia kurang mengerti apa yang berlaku keatas papanya. Dalam usia yang masih muda dia telah menjadi anak yatim.

Yazmin dibawa pulang ke Malaysia bersama Pak Hamid dan mayat papanya, untuk dikebumikan di kampung asal papanya, Kuala Nerang, Kedah. Di Malaysia, Yazmin menumpang di rumah Pak Hamid dan sementara itu, atas usaha Pak Hamid yang bersungguh-sungguh, dalam tempoh 2 bulan,  yazmin dapat menemui ibu kandungnya semula setelah 8 tahun berpisah. Yazmin berasa amat bahagia berada disamping ibu, kakak-kakak, dan abang tirinya, hasil perkahwinan ibunya dengan seorang Pegawai Tertinggi Kerajaan, Dato’ Ismail yang juga merupakan seorang duda beranak empat. Sungguhpun begitu, bapa tirinya melayan dia seperti anak kandungnya sendiri. Berbeza sekali dengan layanan yang diberikan oleh ibu tirinya, Sofea, semasa di London dulu.

Belum pun selesai masalah mendapatkan hak penjagaan Yazmin, Datin Eshah, didatangi pula dengan satu lagi masalah. Yazmin sekali lagi terpaksa berpisah dengannya, kerana, sebelum pulang ke Malaysia dulu, Dato’ Yusoff telah pun mendaftarkan Yazmin untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu, disalah sebuah kolej di London. Kolej Goodricke…..

“Yaz!! Yaz!!,” Yazmin tersentak dari lamunannya apabila tiba-tiba namanya di panggil. “Eh! Kak Suri, masuklah.” “Yazmin tak sihat ke? Dah lama Kak Suri di luar.kak Suri ingatkan Yaz dah keluar tadi.” “ Taklah Kak Suri, Yaz tertidur tadi.” Yazmin cuba berselindung.

“Yaz,… Yaz menangis yer?” “Taklah…. Ahh….mungkin Yaz nangis dalam mimpi tadi agaknya.” Sekali lagi Yazmin cuba berbohong. “Wow!! Hebat tuh! Nangis dalam mimpi pun boleh jadi nangis betul-betul yer? Kak Suri cuba berseloroh untuk menghiburkan Yazmin kerana Kak Suri faham, disaat-saat begini tentu Yazmin terkenangkan keluarganya. Sekarang, Kak Surilah satu-satunya tempat Yazmin mengadu segala masalahnya. “Yaz ada baca tak newspaper hari nih?” tiba-tiba kak Suri memecah kesunyian. “Tak. why?” “Yaz jangan pula terkejut bila mendengar berita ni. Tadi Kak Suri terbaca satu berita yang mengatakan bahawa seorang wanita, bernama sofea, isteri kepada bekas diplomat meninggal dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke gereja, semalam.” “MasyaAllah. Innalillahi wa inna ilahi raajiu’n.” Itu saja kata-kata yang mampu diucapkan oleh Yazmin.Dia sudah mengagak yang ibu tirinya itu akan kembali ke agama asalnya setelah kematian papanya.Air mata mengalir tenang, setenang bayu yang bertiup. Kelihatan pohon-pohon cemara melambai perlahan-lahan seolah-olah faham dengan kesedihan Yazmin. Tidak terlaksana juga cita-cita Yazmin untuk membimbing ibu tirinya, walaupun dia telah banyak terseksa ketika bersamanya dulu. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Setiap yang berlaku itu adalah dengan takdir dan kehendak Allah yang Maha Berkuasa.

Sudah dua bulan ibu tirinya meninggal. Pada suatu petang yang hening… “Yaz, kenapa pengetua panggil Yaz tadi?” tanya kak Suri sambil duduk di birai katil yang empuk. “Entahlah, yaz sendiri pun tengah bingung sekarang ni. Cuba Kak Suri tengok faks tu.” Jelas Yazmin sambil menunjukkan sepucuk faks yang berada di atas meja tulisnya.

 

“HAZILA YAZMIN BT.YUSOFF, PULANG SEGERA. URGENT.”

 

Mungkin ibu Yaz dah dapat kelulusan untuk menukarkan sekolah Yaz agaknya.” Kak Suri cuba menenangkan keadaan. “Alahh…Kak Suri akan kehilangan adiklah nampaknya.” Seloroh Kak Suri sambil menampakkan wajah yang sedih… “Kak Suri nih… bukannya Yaz nak ke Afrika atau ke Bosnia, yaz pulang ke tanahair kita lah… malaysia tu bukannya luas sangat. If ada rezeki berjumpa juga kita nanti… lagipun Yaz bukannya tinggal dalam hutan, Yaz ada rumah yang beralamat.. apalah Kak Suri nih…” Jelas Yazmin sambil membalingkan baju yang dipegangnya. Mereka berdua ketawa gembira. Kak Suri dapat merasakan satu kelainan pada diri Yazmin petang itu. Dia tak pernah melihat Yazmin begitu gembira sebelum ini. Mungkin dia cukup senang menerima berita itu. “Bila Yaz nak bertolak?” kalau boleh sekarang juga.” “Eh Yaz ni! Akak serius, dia main-main pula.” “Penerbangan dengan pesawat B747 jam 9.30 malam ni. Ha! Puas hati?..” “Oh… begitu yer, barulah kakak Suri Fazrina faham wahai adik Hazila Yazminku…” Sekali lagi ketawa berderai, memecah kesunyian.

“Selamat jalan Yaz. Kak Suri doakan semoga Yaz selamat dalam perjalanan and tabah manghadapi segala dugaan nanti.” “Selamat tinggal Kak Suri. I’m gonna miss you. Hope to see you there…” Mereka berpelukan buat kali terakhir…..mungkin…

yazmin agak bingung dengan kata-kata yang di ucapkan oleh Kak Suri sebelum dia berlepas tadi. “Kenapa Kak Suri berkata begitu?” fikir Yazmin. Semasa dalam penerbangan, Yazmin tak habis-habis mencari jawapan kepada kata-kata Kak Suri tadi. Dia dapat merasakan seolah-olah Kak Suri cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya. “Ahh…. Lupakan dululah perkara tu, yang penting sekarang aku akan dapat bertemu dengan ibu setelah sampai nanti.” Fikir Yazmin cuba menenangkan perasaannya sendiri. Yazmin masih belum dapat meneka dan memahami maksud yang tersirat disebalik kata-kata Kak Suri di lapangan terbang tadi.

Setibanya di lapangan terbang, Yazmin agak hairan melihat abang tirinya. “Kenapa abang Ngah pakai baju melayu macam nak kerumah orang kahwin jer?” fikir Yazmin. “Ahh.. tak kisahlah, mungkin abang Ngah baru balik dari kenduri agaknya.” Fikirnya lagi.

“Selamat kembali adikku.” Ucap abang Ngah sambil menyambut troli yang berisi beg-beg Yazmin. “terima kasih abang Ngah.” “Cepat, Kak Ngah dan Kak Chu sedang menunggu dalam kereta.” Tambah abang Ngah. Yazmin betul-betul hairan melihat gerak geri abangnya dan Yazmin juga berasa agak terkilan kerana ibunya tidak datang menjemputnya. “Assalamua’laikum, apa khabar Kak Ngah, Kak Chu?” Sapa yazmin sambil bersalaman dengan kakak ipar dan kakak tirinya. “Baik,alhamdulillah…cepat masuk kita pulang sekarang.” Jawab Kak Ngah, ringkas dan agak kelam kabut. Dalam kereta, Yazmin tidak berani bersuara kerana dia lihat kakak ipar dan kakak tirinya serta abangnya, menyepi dan masing-masing melayan perasaan sendiri. Dia merasa cukup hairan dengan tingkah laku mereka.

Kereta menyusur dan mencelah-celah ditengah lalu lintas bandaraya Kuala Lumpur yang terkenal dengan nama kota sesak. Yazmin terbayang wajah ibunya tersenyum gembira menyambut kepulangannya di rumah nanti. Dia amat merindui pelukan kasih sayang ibunya yang sudah hampir lima tahun dia tidak merasainya. Kereta sudah sampai di depan Wisma Bunga raya. Tidak lama lagi sampailah ke rumahnya.

Kereta sudah masuk ke Jalan Ampang Hilir yang teduh dengan pokok-pokok besar di kiri kanan jalan. Jalannya lengang saja. Tidak ada bas atau bas mini yang masuk ke kawasan ini. Rumah-rumah besar tersergam berpagar besi yang kukuh. Di luarnya ada pengawal berpakaian seragam. Itulah salah satu kawasan mewah tempat tinggal para menteri, duta-duta luar negeri dan kaum hartawan.

Setibanya di hadapan rumah, Yazmin agak terkejut melihat orang ramai memenuhi ruang halaman rumahnya. Tiba-tiba Kak Long meluru kearahnya dan memeluknya erat. Apa ertinya semua ini? Hazila Yazmin kebingungan. Dengan linangan air mata kakak tirinya bersuara, “Bersabarlah adikku, semua ini sudah ditakdirkan oleh Allah, dan kita sebagai hambaNya harus menerima segala ujianNya dengan redha.” “Kak Long,What happen?” sekali lagi titisan mutiara jernih membasahi pipinya. “mana ibu? Ayah, Apa erti semuanya ini? Jelaskan pada Yazmin ayah!!!” “yazmin, bersabarlah nak… mari masuk ke dalam.”

Disatu sudut dalam rumah banglo dua tingkat itu Yazmin dapat melihat sekujur tubuh terbaring kaku di atas katil dan disisinya kelihatan makcik Halimah, isteri Pak Hamid, sedang membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Perlahan-lahan Yazmin menghampirinya. “Ibu!!!!! Kenapa ini semua yang harus Yazmin terima, ibu? Kenapa ibu terlebih dahulu meninggalkan Yazmin? Yazmin masih memerlukan belaian dan kasih sayangmu ibu……..” Inna lillahi wa inna ilaihi raajiu’n……

Kelihatan wajah ibunya begitu tenang pergi menemui Penciptanya. Jenazah Datin eshah yang meninggal kerana mengidap penyakit paru-paru berair telah selamat dikebumikan.

Hazila yazmin betul-betul tidak menyangka, kepulangannya ke Malaysia buat kali kedua ini juga telah disambut dengan pemergian seorang lagi insan yang amat disayanginya. Sambutan hari ulang tahunnya yang ke-18 pada tahun ini tidak memberi apa-apa erti baginya. Atas dorongan ayah tiri dan ahli keluarganya yang lain, Yazmin telah berjaya memulihkan semangatnya dan meneruskan pelajaran di salah sebuah kolej di Kuala Lumpur.

Lima bulan selepas kematian ibunya, Yazmin menerima sepucuk surat….

 

Assalamua’laikum…

Kepada adikku Yaz, yang dirindui. Kak Suri doakan yaz sihat dan senantiasa berada dibawah lindungan dan keberkatan Ilahi… untuk pengetahuan Yaz, Kak Suri sekarang berada di Malaysia. Jika Yaz senang,hubungilah akak  bila-bila masa…Kak Suri sentiasa menunggu Yaz dengan hati yang terbuka.

My dearest sis,

Kak Suri ingin memohon beribu kemaafan diatas kesalahan yang telah Kak Suri lakukan. Sebenarnya yaz, lima hari sebelum kepulangan yaz ke Malaysia dulu, Kak Suri menerima panggilan telefon dari ayah yaz yang mengatakan Ibu Yaz sakit tenat. Tapi Kak Suri tak sampai hati untuk memberitahu Yaz tentang perkara tersebut kerana ketika itu Yaz sedang menghadapi peperiksaan. Kak Suri bimbang fikiran yaz akan terganggu. Namun begitu, sekarang Kak Suri dihantui perasaan rasa bersalah terhadap yaz. Jika Kak Suri memberitahu Yaz pada ketika itu mungkin Yaz masih sempat menemui ibu Yaz. Walau bagaimanapun semua itu sudah suratan takdir…Maafkan Kak Suri, Yaz… Kak Suri tidak dapat hidup dengan tenang selagi yaz tidak memaafkan Kak Suri.

My everdearest Yaz…

Lastly, Kak Suri sudahi dengan kalimah suci, Assalamua’laikum dan Kak Suri senantiasa mendoakan kebahagiaanmu di dunia dan akhirat…

                                                                                                Luv, Kak Suri.

 

“Kak Suri, hatimu sungguh mulia… sesungguhnya kau tidak bersalah…”

 

 

Perhatian: cerpen ini ditulis pada tahun 1994, ketika penulis berusia 16 tahun. Segala kekurangan dan kesilapan harap dapat di fahami dan di maafkan.. J