Make your own free website on Tripod.com

Khasiat membaca 7 surah "SURAH AL-KAHFI Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat" SURAH AS-SAJDAH Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata: "Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk" SURAH YAASIN Daripada Ma'qil ! Ibni Yasar berkata: "Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khusunya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran". SURAH AD-DUKHAN Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya". SURAH AL-WAQIAH Rasulullah saw bersabda: " Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya" SURAH AL-MULK Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: "Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga keoada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada ! pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!" Dan Nabi saw bersabda: "saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku". SURAH AL-HASYAR Nabi saw bersabda: "Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyar maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid" "