> >Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan. > > > >Untuk renungan bersama. > >

 > > Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu > >sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya > >selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan > >yangtelah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya > >mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari > >ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda > >sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.Untuk pengetahuan semua, > >di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara,saya dianggap sebagai seorang > >isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh > >teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. > > > >Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti > >melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami di > >anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa > >saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama > >menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik > >ada pada dirinya.Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik > >untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan > >bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan > >peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa. > > > > > >Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan > >kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri > >terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam > >dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan > >kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan > >diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, > >mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah > >tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.Sebagai seorang yang juga > >sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya > >pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. > >Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur,hal tersebut tidak pernah menjadi > >masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan > >sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan > >mengorbankan kepentingan masing-masing. > > > > > >Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan > >Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari > >bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang > >pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari > >itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat > >dan letih tidak dapat digambarkan.Apabila sampai di rumah, saya lihat suami > >telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang > >melayani anak-anak,bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh > >gembira pada pada petang itu. > > > >Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu > >jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami > >sedarsaya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak > >memasak,sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan > >laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami > >pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami > >berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik.Seperti > >tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak,suami sayalah orang yang > >kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam > >itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. > > > > > >Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak > >melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak > >tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri elayaninya, tetapi hati saya hanya > >separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya > >sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya > >menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum > >tidur.Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada > >saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak > >meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.Suami > >saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya. > > > > > >Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada > >perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak > >berjawab.Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - > >panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam > >kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke > >hospital,tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi > >suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan > >pemergian suami,tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis > >dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di > >dunia ini.Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang > >isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya > >pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf > >daripadanya. > > > >Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang > >suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,tiba-tiba di > >tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada > >isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya." > >Sehingga kini,setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan > >mengalir ke pipi.Saya akan bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah. > >Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan > >mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka > >akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya > >berikan sebagai isterinya. > > > > > >Itulah harapan saya ...semoga Allah perkenankannya. > > > >