Make your own free website on Tripod.com

> Assalamualaikum wbt. > > Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT, > > Mengapa lidah kelu disaat kematian? tetapi kematian itu pasti > menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. > Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata > apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan > kesakitan 'sakaratul maut'. > > Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: > "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan > lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita > disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan > berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. > > Banyak fadhilatnya. > Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. > Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang > berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita > takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak > dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat > mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya > menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama > menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa > nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan > kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah > "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. > amin Yarobbal a'lamin.." > > WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.; > Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya: > 1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia. > 2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu. > 3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.. > > Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya: > 1) Jujur dalam berkata-kata. > 2) Menjauhi segala yg haram. > 3) Merendahkan diri. > > Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya: > 1) Merahsiakan ibadahnya. > 2) Merahsiakan sedekahnya. > 3) Merahsiakan ujian yg menimpanya. > > Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya: > 1) Takut berlaku dusta dan keji. > 2) Menjauhi kejahatan. > 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. > > Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya: > 1) Mengawasi dirinya. > 2) Menghisab dirinya. > 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t. > > Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma > masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa > terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk > pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak > ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya. > > Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail > tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 > atau 3 kali. OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI > KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH. >