Tazkirah Harian
Hidup Manusia Penuh dgn Penerokaan
Hidup manusia penuh dengan 1001 yang mampu diterokai. Hanya
menerusi tarikh lahir saja, pelbagai cara dan taktik yang telah dikenal pasti
untuk mengorek rahsia peribadi sesorang. Kali ini juga berkisarkan tentang
tarikh lahir. Tidak seperti sebelumnya di mana kamu terpaksa mengira,
mencampurkan atau sebagainya. Kali ini kamu tidak perlu bersusah payah. Tiap
tarikh lahir sudah diletakkan di dalam kategori tertentu.
GRUP A1 |
01, 06, 11, 16, 21, 26,
31 |
Kamu
beranggapan bahawa cinta adalah perkara terindah dalam hidup dan kamu suka bila
jatuh cinta. Wah! Mungkin sebab itu kamu ni jarang benar boleh hidup tanpa cinta.
Sebab itu juga kamu mudah untuk jatuh cinta atau memperoleh cinta baru setelah
kecewa. Namun ini bukan pula bermaksud kamu ni jenis playboy/playgirl. Selalunya
kamu akan setia pada yang satu tapi mudah sangat dikecewakan. Mungkin ini kerana
kamu sentiasa beranggapan bahawa orang yang kamu sayang tidak benar-benar jujur
terhadap diri kamu seperti mana kejujuran yang kamu berikan kepadanya. Selain
itu, kamu juga gemar bersama teman-teman hinggakan kadangkala kamu sanggup
kecewakan si dia semata-mata untuk tidak melepaskan peluang melakukan aktiviti
kesukaan kamu bersama teman-teman. Dikalangan teman-teman, kamu sangat boleh
diharap. Namun sikap panas baran melampau yang kamu miliki itu, membuatkan ramai
yang tidak begitu menyenangi diri kamu dan itu adalah kelemahan paling besar
yang kamu miliki. So, lepas ini kamu kenalah pandai-pandai kontrol sikit
perasaan baran itu, jika tidak mahu teman-teman semakin menjauhkan diri dari
kamu!
GRUP B2 |
02, 07, 12, 17, 22, 27 |
Impian
dan cita-cita adalah perkara yang paling penting dalam hidup kamu. Malah kamu
juga sanggup melakukan apa saja untuk memenuhinya. Itu adalah satu sikap yang
positif untuk meraih kejayaan dalam hidup. Selain cita-cita dan impian, cinta
juga dianggap sesuatu yang sangat berharga dalam kehidupan kamu namun sifat kamu
yang sentiasa inginkan seseorang yang sempurna membuatkan kamu sukar mencari
teman yang sesuai. Kamu juga sukar untuk mempercayai orang lain. Dari segi
persahabatan, teman-teman adalah sangat penting bagi kamu malah kamu sangat
menghargai tiap persahabatan yang terjalin itu. Namun begitu, kamu bersifat
perahsia di kalangan teman-teman. Kamu bukan seseorang yang mudah hendak
berkongsi rahsia dengan orang lain, biarpun teman rapat kamu sendiri. Mungkin
itu adalah sikap semula jadi yang kamu miliki. Tidak mudah percaya pada orang
lain. Biasalah tu, takut dijaja sesuka hati pula. Selain itu, kamu juga sangat
gemar berfikir secara mendalam tentang segala perkara yang berlaku. Kata orang
tu, kamu akan mengambil masa sebelum melakukan sesatu tindakan kerana tidak mahu
menyesal di kemudian hari.
GRUP C3 |
03, 08, 13, 18, 23, 28 |
Kamu
beranggapan kehidupan adalah pemberian Tuhan yang indah dan kamu gemar untuk
menikmati tiap apa yang kamu lakukan dalam hidup. Sikap peramah dan baik hati
membuatkan kamu disenangi ramai namun kadangkala sikap kamu yang agak emosi
membuatkan mereka kurang menyenangi sikap kamu itu dan seolah menjauhkan diri.
Bukan mereka tidak sudi lagi berkawan dengan kamu tapi sikap kamu yang "angin
satu badan" itu kadangkala membuatkan mereka rimas. Dalam perhubungan cinta
pula, kamu dikatakan seorang yang jujur dan setia dalam percintaan. Tapi awas,
kamu tidak dapat langsung menerima sebarang bentuk penipuan. Sekali kamu tertipu,
kamu lebih rela kehilangan cinta itu buat selama-lamanya walaupun sayang itu
masih ada di hati. Ini kerana kamu teramat mementingkan kejujuran dalam
perhubungan. Bagi kamu, jika sekali kamu ditipu tak mustahil ia akan berlaku
lagi di masa depan. Itulah prinsip yang kamu pegang kuat, termasuk juga dalam
hubungan persahabatan. Usah cuba menikam kamu dari belakang, buruk padahnya
nanti. Dari segi emosi, kamu mampu mengawal emosi diri kamu bila berada di
samping si dia namun kadangkala keputusan yang kamu ambil menimbulkan kesan
negatif pada si dia.
GRUP D4 |
04, 09, 14, 19, 24, 29 |
Dalam
hidup, kamu sentiasa mempunyai matlamat yang hendak kamu capai. Malah kamu juga
sangat mengambil berat tentang impian orang lain. Jadi tidak hairan jika kamu
sanggup mengetepikan keinginan sendiri demi untuk memenuhi keinginan orang lain
seperti keluarga dan teman rapat. Bagi diri kamu, teman-teman punya pengaruh
besar dalam kehidupan kamu dan kamu juga sanggup membantu mereka dalam apa
keadaan sekalipun. Bahkan kadangkala seolah-olah mementingkan teman daripada
keluarga sendiri. Dari segi personaliti diri, kamu juga dikatakan sering kali
dipengaruhi oleh emosi diri tapi hanya sekejap saja. Kata orang tu, cepat panas
tapi cepat pula sejuknya. Mungkin ini disebabkan rasa kurang sabar yang kamu
miliki hingga buatkan kamu selalu lupa diri.
GRUP E5 |
05, 10, 15, 20, 25, 30 |
Kamu
seorang yang suka disayangi dan dimanjakan oleh orang teman yang rapat dengan
kamu. Seperti juga dengan grup C3, kehidupan adalah sesuatu yang menyeronokkan
untuk dinikmati. Walaupun ada pahit maungnya namun semua adalah perkara normal
dalam kehidupan. Tidak perlu ambil serius sangat. Selain itu, rupanya kamu suka
enjoy untuk menghiburkan hati. Ops! jangan pula salah faham, ia bukanlah perkara
yang negatif. Mungkin sekadar keluar bersama teman-teman atau melakukan aktiviti
yang disukai untuk menghilangkan tekanan. Ini juga salah satu sebab mengapa kamu
punya ramai teman malah kamu memang punya hobi untuk menambah koleksi
teman-teman yang kamu sayangi. Keburukan kamu, punya pelbagai impian tapi tak
berusaha keras untuk mencapainya, Ini juga disebabkan oleh sikap semula jadi
kamu yang suka sangat mengambil mudah tentang sesuatu perkara. Sebenarnya kamu
mampu memperoleh apa yang kamu impikan dalam hidup tapi selalunya ia tidak
menjadi kenyataan kerana kamu sendiri tidak serius berusaha. Kamu juga gemar
melakukan kerja separuh jalan. Untuk memiliki lebih banyak kejayaan di masa
depan, kamu dinasihatkan agar lebih rajin berusaha dan cuba ubah sikap buruk
kamu itu, demi kebaikkan diri kamu sendiri.
JANUARI
bercita-cita
tinggi dan orangnya serius |
mudah
mendisiplinkan diri sendiri |
suka
mendidik dan dididik |
badannya
sihat tetapi mudah diserang selsema |
sangat
mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik |
bersikap
romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya |
rajin
dan setiap yang dibuat nampak keuntungan |
cukup
sayang pada kanak-kanak |
suka
smart, kemas dan teratur |
suka
duduk rumah |
bersifat
sensitif, berfikiran mendalam |
setia
pada segala-galanya |
pandai
mengambil hati org lain |
perlu
belajar kemahiran sosial |
pendiam
kecuali telah dirangsang |
cukup
cemburu yang sangat tinggi |
agak
pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi |
|
FEBRUARI
berfikiran
abstrak |
mudah
menpamirkan marahnya |
sukakan
benda yang reality dan abstrak |
tidak
suka benda yang remeh-temeh |
inteligent,
bijak dan genius |
suka
berkawan tapi kurang mempamerkannya |
berpesonality
yang mudah berubah |
sangat
berani dan suka memberontak |
mudah
menawan orang lain |
bercita-cita
tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan
impiannya |
agak
pendiam, pemalu dan rendah diri |
pemerhatian
yang tajam |
jujur
dan setia pada segalanya |
suka
hiburan dan sukan |
keras
hati untuk mencapai matlamat |
suka
benda yang bersifat seni |
tidak
suka dikongkong |
sangat
romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran |
mudah
memberontak apabila dikongkong |
berkecenderungan
pada benda yang tahyul |
suka
kegiatan yang lasak |
amat
mudah dan boleh menjadi terlalu boros |
emosinya
mudah terluka dan sangat sensitive |
belajar
untuk mempamerkan emosi |
MAC
berpesonaliti
yang menarik dan menawan |
pemerhatian
dan penilaian yang sangat tajam |
mudah
didampingi |
kecenderungan
untuk berdendam jika tidak dikawal |
sangat
pemalu dan pemendam rasa |
suka
berangan-angan |
sangat
baik secara semula jadi, |
suka
melancong |
jujur
pemurah dan mudah simpati |
sangat
manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi |
sangat
sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran |
kelam
kabut dalam memilih pasangan |
suka
pada kedamaian |
suka
dengan hiasan rumahtangga |
sangat
peka kepada orang lain |
punya
bakat seni dalam bidang muzik |
Sesuai
dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain |
kencenderungan
kepada benda yang istimewa |
tidak
cepat marah dan sangat amanah |
dan
baik jangan terlalu moody |
tahu
balas budi dan tahu kenang budi |
|
APRIL
sangat
aktif dan dinamik |
try
control the emotion |
cepat
bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal |
kecenderungan
bersifat dendam |
sangat
menarik dan pandai manjakan diri |
agresif,
kelam kabut untuk membuat keputusan |
punya
daya mental yang sangat kuat |
kuat
daya ingatan |
suka
diberi perhatian |
gerak
hati yang sangat kuat |
sangat
diplomatik (pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masaalah
orang) |
pandai
mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain |
sangat
berani dan tiada perasaan takut |
berpenyakit
disekitar kepala dan dada |
suka
adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah |
sangat
cmeburu dan terlalu cmeburu hingga ketahap merbahaya |
emosi
cepat terusik |
|
MEI
kekerasan
hati dan degil |
tidak
perlu dimotivasikan |
fizikal
yang baik |
kuat
semangat dan bermotivasi tinggi |
tetap
pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain |
kelemahan
sistem pernafasan |
pemikiran
yang tajam |
sangat
manja dan mudah dipujuk |
suka
sastera, seni dan muzik serta melancong |
mudah
marah apabila tidak dikawal |
bersikap
sistematik (otak kiri) |
tidak
berapa suka duduk dirumah |
pandai
menarik hati orang lain dan snagat menarik perhatian |
suka
berangan |
tidak
boleh duduk diam |
perasaan
yang amat mendalam |
kuat
daya firasat memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa
diberitahu |
rajin
dan bersemangat tinggi |
cantik
dari segi mental dan fizikal |
bahagian
telinga dan leher mudah diserang penyakit |
agak
boros |
mempunyai
daya tarikan yang tinggi |
daya
khayalan yang tinggi pemikiran tajam |
|
sering
menjadi perhatian |
pandai
berdebat |
|
JUN
berfikiran
jauh dan berwawasan |
mudah
berkawan dan pandai berkawan |
mudah
ditawan kerana sikap baik |
orang
yang sangat tertib |
berperangai
yang lemah lembut |
pandai
mempamerkan sikap |
mudah
berubah sikap, perangai, idea, mood |
mudah
kecil hati |
idea
yang terlalu banyak di kepala |
mudah
kena selsema |
bersikap
sensitive |
suka
berkemas |
otaknya
aktif (sentiasa berfikir) |
cepat
rasa bosan |
sukar
melakukan sesuatu dengan segera |
sikap
terlalu memilih dan cerewet |
bersikap
suka menangguh-nangguh |
kurang
mempamerkan perasaan |
bersikap
terlalu memilih dan mahukan yang terbaik |
lambat
nak sembuh apabila terluka hati |
cepat
marah dan cepat sejuk |
suka
kepada barang yang berjenama |
suka
bercakap dan berdebat |
mudah
menjadi eksekutif |
suka
buat lawak dan bergurau |
kedegilan
yang tidak terkawal |
otaknya
cerdas berangan-angan |
sesiapa
yang memuji saya adalah musuh saya tetapi saya tetapi menegur saya
adalah kawan saya |
JULAI
sangat
seronok didampingi |
tinggi
daya simpati |
banyak
berahsia dan sukar dimengertikan terutamanya lelaki |
pemerhatian
yang tajam |
agak
pendiam kecuali diransang |
suka
menilai orang lain dengan pemerhatian |
ada
harga dan maruah diri |
mudah
dan rajin belajar |
tak
suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan |
suka
muhasabah diri |
mudah
dipujuk dan bercakap lurus |
suka
mengenangkan peristiwa atau kawan lama |
sangat
menjaga hati orang lain |
suka
mendiamkan diri |
sangat
peramah |
suka
duduk dirumah |
emosi
sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya |
suka
tunggu kawan tapi tak cari kawan |
berjiwa
sentimental |
tak
agresif kecuali terpaksa |
jarang
berdendam |
lemah
dari segi kesihatan perut |
mudah
memaafkan tapi sukar melupakan |
mudah
gemuk kawal tak kawal diet |
tidak
suka benda remeh-temeh |
minta
disayangi |
membimbing
cara fizikal dan mental |
mudah
terluka hati tapi lambat pulih |
sangat
peka, caring dan mengasihi serta penyayang |
terlalu
mengambil berat |
layanan
yang serupa dengan semua orang |
rajin
dalam membuat kerja |
OGOS
suka
berlawak |
sangat
cemburu |
mudah
tertawan kepadanya |
daya
pemerhatian yang tajam dan teliti |
sopan
santun dan caring terhadap orang lain |
cepat
berfikir |
berani
dan tidak tahu takut |
fikiran
yang berdikari |
orangnya
agak tegas dan bersikap kepimpinan |
suka
memimpin dan dipimpin |
pandai
pujuk orang lain |
sifat
suka berangan |
terlalu
pemurah dan bersikap ego |
berbakat
dalam seni lukis, hiburan dan silat |
nilai
harga diri yang sangat tinggi |
sangat
sensitif tapi tidak mudah merajuk |
dahagakan
pujian |
cepat
ditimpa penyakit |
semangat
juang yang luar biasa |
belajar
untuk relax |
cepat
marah dan mudah mengamuk |
sangat
kelam kabut |
mudah
marah apabila cakapnya dilawan |
suka
mencari kawan |
SEPTEMBER
sangat
bersopan santun dan bertolak ansur |
sangat
sensitif yang tidak diketahui |
mudah
memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan
rahsia |
sangat
cermat, teliti dan teratur |
orang
yang banyak berfikir |
suka
sukan, hiburan dan melancong |
suka
menegur kesilapan orang lain dan mengkritik |
daya
pentaakulan yang baik |
kurang
menunjukan perasaannya |
pendiam
tapi pandai bercakap |
otak
bijak dan mudah belajar |
terluka
hatinya sangat lama disimpan |
sikap
sangat cool, sangat baik dan mudah simpati |
suka
mencari maklumat |
terlalu
memilih pasangan |
sangat
prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur |
kawal
diri dari terlalu mengkritik |
sukakan
benda yang laus |
kerja
yang dilakukan sangat sempurna |
pandai
mendorong diri sendiri |
bersistematik |
OKTOBER
suka
sembang |
tidak
suka terima pandangan orang lain |
suka
orang yang sayang padanya |
emosi
yang mudah terusik |
suka
ambil jln tengah |
suka
berangan & pandai bercakap |
sangat
menawan & sopan santun |
emosi
yang kelam kabut |
manja |
daya
firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) |
kecantikan
luar & dalam |
suka
melancong, bidang sastera & seni |
tidak
pandai berbohong & berpura-pura |
pengasih,
penyayang & lemah lembut |
mudah
rasa simpati, baik pentingkan kawan |
romantik
dlm percintaan |
sentiasa
berkawan |
mudah
terusik hati & cemburu |
hatinya
mudah terusik tetapi merajuknya tak lama |
ambil
berat tentang orang lain |
cepat
marah |
suka
kegiatan luar |
pentingkan
diri sendiri |
orang
yang adil |
tidak
menolong orang kecuali diminta |
boros
& mudah dipengaruhi persekitaran |
suka
melihat dari perspektifnya sendiri |
mudah
patah semangat |
NOVEMBER
banyak
idea dalam perkara |
pandai
muhasabah diri |
sukar
untuk dimengertikan atau difahami sikapnya |
cara
berfikir lain dari orang lain |
berfikiran
kehadapan |
otak
yang sangat tajam |
berfikiran
unik dan bijak |
pandai
mendorong diri sendiri |
penuh
dengan idea-idea yang luarbiasa |
tidak
hargai pujian |
pemikiran
yang tajam |
kekuatan
semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu
cuba sampai berjaya |
daya
firasat yang mendalam dan tinggi |
badan
yang tough |
bagus
untuk jadi doktor |
kasih
sayang dan emosi yang sangat mendalam |
cermat
dan teliti |
romantik
|
personaliti
dinamik |
tidak
pasti dengan hubungan kasih sayang |
sifat
yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia |
suka
duduk dirumah |
banyak
berfikir, kurang bercakap tetapi mesra |
sangat
rajin dan berkemampuan tinggi |
berani,
pemurah, setia dan banyak kesabaran |
amanah,
jujur setia dan pandai berahsia |
terlalu
degil dan keras hati |
tidak
berapa berjaya dalam mengawal emosi |
apabila
hendak, pasti diusahakan sehingga berjaya |
bercita-cita
tinggi |
tak
suka marah kecuali digugat |
perangai
tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah |
mudah
ambil berat terhadap orang lain |
|
DISEMBER
sangat
setia dan pemurah |
sangat
jujur amanah dan bertolak ansur |
bersifat
patriotic |
tidak
pandai berpura-pura |
sangat
aktif dalam permainan dan pergaulan |
cepat
marah |
sikap
kurang sabar dan tergesa-gesa |
perangai
yang berubah-ubah |
bercita-cita
tinggi |
tidak
ego walaupun harga diri yang sangat tinggi |
suka
menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi |
Benci
pada kongkongan |
seronok
didampingi |
suka
berlawak |
suka
bercampur dengan orang |
pandai
buat lawak dan berfikiran dgn logik |
suka
dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai |
|